Tawaf Baitil Atiq

وَلۡيَطَّوَّفُواْ بِٱلۡبَيۡتِ ٱلۡعَتِيقِ

…dan hendaklah mereka tawaf akan Baitil Atiq (Hajj:29). Baitullah atau Kaabah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana. 

Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. 

Mazhab Syafie mewajibkan seseorang yang hendak tawaf itu berwuduk terlebih dahulu berdasarkan hadith yang mengatakan bahawa tawaf itu adalah sama seperti sembahyang, cuma boleh bercakap ketika tawaf. Tidak sah tawaf tanpa wuduk dalam Mazhab Syafie.

Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata “Tawaf mengelilingi Ka’abah adalah sama seperti perbuatan solat, hanya sahaja dibenarkan berbicara di dalamnya, bagi sesiapa yang berbicara di dalamnya maka janganlah berbicara kecuali perkara yang baik-baik.

Manakala Mazhab Hanafi berpegang pada ayat quran dan dalam ayat itu cuma disebut apabila seseorang mengerjakan haji, dia hendaklah tawaf dan tidak disebut tentang wuduk. Bagi mereka haji sah tanpa wuduk, tetapi dikenakan dam seekor kambing sekiranya seseorang itu tawaf tanpa wuduk. 

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: