Wajib Haji di Baitullah Pada Bulan Haji Atas Mereka Yang Mampu

…Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum…..(Baqarah:197)  Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Ali-Imran:97)

Haji sebagai salah satu rukun Islam yang kelima dan wajib dilaksanakan setiap muslim yang mampu satu kali seumur hidupnya. 

Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Ziad hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Ketika berkhutbah Rasulullah (s.a.w) atas beberapa manusia (umat islam), bersabda dia: ‘”Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi maha Agung (a.w) berfirman bahawa sesungguhnya telah difardukan atas kamu sekelian ibadah haji.’ Maka berkata (bertanya) seorang lelaki ‘”Di dalam setiap tahun?’ maka terdiam sebentar Rasulullah (s.a.w). Mengulangi lelaki tersebut bertanya tiga kali. Maka bersabda Rasulullah (s.a.w) (menjawab): ‘ Seandainya berkata aku (Nabi) ‘ya’, nescaya wajib (atas kamu), dan jika sekiranya diwajibkan atas kamu (haji itu) tidak (mampu) berdiri (yakni, mengerjakan kamu) dengannya. Tinggalkanlah apa-apa yg aku tinggalkan atas kamu sekelian. Maka sesungguhnya apa yang merosakkan (atau membinasakan) mereka sebelum kamu sekelian ialah kerana memperbanyakkan soal mereka dan berselisih faham mereka atas (terhadap) nabi-nabi mereka. Maka ketika aku memerintahkan sesuatu perintah, ambillah (yakni, laksanakanlah) apa-apa yang diperintahkan sekuat mampu kamu, dan aku ketika mencegah (atau melarang) dari sesuatu maka jauhilah (yakni, tinggalkanlah).’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik (Peraturan) Haji]

Maksud hadith daripada Sayyidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda “Sesiapa yang memiliki harta benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan haji maka bila dia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani”.

Pembinaan Kaabah

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (Ali-Imran:96). 

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). (Hajj:26) 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Baqarah:127) 

Mematuhi perintah Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Kemudian Nabi Ibrahim tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji. 

Seruan Haji

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Hajj:27)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: