Anak Kunci Syurga

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Kata ulama “Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu sembahyang fardhu. Oeh itu cukupkan bilangan sembahyang dan gantilah mana-mana sembahyang yang telah ditinggalkan kerana ia adalah amalan pertama diperiksa.  Selain itu sempurnakanlah pahala sembahyang dan ingatkah kepada Allah dalam sembahyang. 

Amalan Pertama Diperiksa

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba pada hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung… – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi. 

Ganti Sembahyang Yang Tertinggal atau Sengaja Ditinggalkan

Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solah yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadith riwayat Muslim).

Sempurnakan Sembahyang dan Ingatan Pada Allah Agar Diterima Pahalanya

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah (pahalanya) seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).

Sembahyang Menaikkan Taraf Mukmin Hingga Ke Taraf Ahli Syurga

Dalam sebuah hadith ada disebut “Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin”. Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat sembahyang. Sembahyang boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah serta memasukkannya ke syurga yang berada di atas Sidratul Muntaha.

Rasulullah s.a.w, menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit. Sabda Nabi s.a.w “Semua ibadat difardhukan di bumi melainkan sembahyang, dan ia difardhukan di langit antara dua qudratnya”. Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat sembahyang sehari semalam juga 17). Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Anak Kunci Syurga”

  1. JIWA HAMBA Says:

    Reblogged this on jiwa hamba.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: