Larangan Lepak DiJalanan dan Hak Jalan

Daripada Abi Sa’id Al-Khudriy r.a Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda: “Jauhilah duduk-duduk di tepi jalan!” Sahabat berkata, “Ya Rasulullah, kami terpaksa duduk di sini supaya senang kami bertemu denganmu.” Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam berkata, “Kalau enggan meninggalkannya, maka berilah hak jalan itu.” Sahabat bertanya, “Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?” kata Rasulullah, “Tundukkan pandangan (jaga mata), singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan lakukan amar ma’ruf (serulah kepada kebaikan) dan nahi mungkar (cegahlah kejahatan).” (Riwayat Bukhari).

Orang Islam sepatutnya menggunakan masa untuk perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan membazir masa dengan “lepak-lepak” memang dilarang oleh Islam. Mereka yang banyak melepak sukar membebaskan diri dari dosa atau terlibat dengan jenayah-jenayah kecil. Kata orang luar, otak mereka (yang banyak lepak) dijadikan sarang oleh syaitan.

Sekiranya terpaksa berada ditepi jalan, maka tunaikanlah hak jalan itu dengan menjaga mata, menjawab salam dan berdakwahlah kepada manusia semasa berada di situ.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: