Cantikkan Syariat Allah Dengan Sunnah Nabi.

Betulkan amalan mengikut syariat Allah dan penuhkan syariat dengan sunnah Nabi. Allah cantikkan syariatnya dengan sunnah Nabi. Ikuti Sunnah Rasulullah adalah satu daripada formula untuk berjaya di akhirat.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat…. (Ahzab:21)

Sebagai contoh, syariat Allah ialah sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam, maka cantikkan ia dengan sunnah Nabi seperti membuat azan, sembahyang berjemaah di masjid.

“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim

Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat Rawatib disamping sembahyang fardhu kerana sembahyang sunat itu dapat menampal kekurangan yang terdapat dalam sembahyang fardhu.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

Selain itu ibadat puasa sunat juga dapat menampung kekurangan puasa fardhu di bulan Ramadhan. Antara puasa-puasa sunat ialah puasa 6 hari di bulan Syawal, 10 hari di bulan Muharram, 10 hari di bulan Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Puasa hari As-Syura (10 Muharram) dan 9 Muharram. 

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Cantikkan Syariat Allah Dengan Sunnah Nabi.”

  1. JIWA HAMBA Says:

    Reblogged this on jiwa hamba.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: