Berdoalah Untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat

Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia. (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Baqarah:200) Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (Baqarah:201). Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan….(Baqarah:202)..

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

Sayyidina Umar membaca doa ini ketika tawaf di Baitullah. Ini juga adalah salah satu doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baginda suka doa yang ringkas tetapi padat. Misalnya cukuplah sekadar meminta syurga, tidak perlulah diperincikan bentuk mahligai syurga itu seperti yang diminta oleh seorang sahabat:

Diriwayatkan daripada Abi Nu’amah, bahawa Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa, dengan katanya : Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan mahligai putih di sebelah kanan syurga apabila aku masuk ke dalamnya (syurga) nanti. Sabda Nabi saw: Diriwayatkan daripada Aisyah ra katanya : Nabi saw sukakan doa yang menyeluruh dan baginda tinggalkan selain dari itu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: