Hisab atau Perhitungan Allah Sangat Cepat

…dan Allah amat cepat hitunganNya. (Baqarah:202).

Allah SWT sangat cepat dan pantas dalam melakukan perbicaraan di Padang Mahsyar nanti. Perbicaraan semua manusia sejak dari zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. diselesaikan hanya dalam masa setengah hari sahaja. 

Dalam hadith disebut 500 tahun di bumi (dunia) ini adalah bersamaan setengah hari di akhirat. Di Padang Mahsyar setengah hari adalah bersamaan 500 tahun. Maka satu hari ialah 1,000 tahun.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri).

Al-Mu’minuun [112] Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?Al-Mu’minuun [113] Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: