Suruhlah Keluargamu Sembahyang

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya…..  (TaHa:132).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang

Para bapa dan suami bertanggungjawab ke atas anak dan isteri mereka. Mereka juga menanggung dosa anak dan isteri sekiranya tidak diberi didikan dan nasihat.

At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka….

At-Taghabun [14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. 

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Memukul anak itu pula bukanlah untuk menyeksa, ia cuma sekadar untuk menggerunkan.

Isteri pula mendapat separuh daripada pahala amalan yang dilakukan oleh suaminya. Misalnya sekiranya seorang suami keluar untuk pergi sembahyang berjemaah di masjid atau menuntut ilmu, maka isterinya yang berada di rumah mendapat separuh dari pahala suaminya (jika isteri itu tidak menentang atau membantahnya)

….dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Al-Baqarah [45]….sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: