Keterangan dan Bukti Yang Jelas Kepada Ahli Kitab dan Musyrik

Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar juga)? Dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah dia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya. (Baqarah:211) Baca baki entri ini »

Mukmin Yang Bertakwa Lebih Baik Dari Kafir Yang Kaya

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (212) Baca baki entri ini »

Tujuh Hentian Ke Syurga

Rasulullah S.A.W. bersabda “Di antara seorang hamba dan Syurga terdapat tujuh hambatan (hentian). Hambatan yang paling ringan ialah mati. Dan hambatan yang paling sulit ialah wukuf (berdiri) dihadapan Allah SWT (untuk dihisab) iaitu apabila orang-orang yang dianiaya menuntut terhadap orang-orang yang menganiaya (Riwayat Bukhari). Baca baki entri ini »

Bila Tiba Ajal

Ali-Imran [155] Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Baca baki entri ini »

Beriman dan Bertaubatlah Sebelum Datangnya Tanda Kebesaran Allah

Baqarah [210] (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka) dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.  Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Hormati dan Hargai Jasa Para Guru

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka siapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi , Ahmad ) Baca baki entri ini »

Hargai Jasa Ibu

Al-Ahqaf [15] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluhtahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. 

Luqman [14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Baca baki entri ini »

Allah Melakukan Apa Yang DikehendakiNya

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya Baca baki entri ini »

Allah Beri, Mewahkan dan Luaskan Rezeki Sesiapa Yang Dikehendakinya

… Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(Baqarah:212) Baca baki entri ini »

Kukuhkan Perpaduan dan Persaudaraan Islam

Aali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai … Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)… Baca baki entri ini »

Istiqamah Itu Tetap Pendirian Atas Kebenaran Islam dan Amalan

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud:112)

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), (Fussilat:6)

Fussilat [30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Al-Ahqaf[13]Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (13)

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (As-Shura:15)

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. (At-Takwir:27) Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (At-Takwir:28)

Selain dari itu, beristiqamah juga bermakna berterusan, tetap (sentiasa) beramal di atas sesuatu amalan yang baik mengikut pandangan Islam. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Islam Sebagai Agama dan Cara Hidup

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Baqarah:208).  Baca baki entri ini »

Bertungkus Lumus Mencari Keredaan Allah

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya. (Baqarah:207)  Baca baki entri ini »

Tips Memilih Pemimpin

Undilah calon yang patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat. Sekiranya ada 2 calon pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.

Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir.. pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

Dilarang melantik orang yang mempersendakan agama samada dari golongan kafir atau Islam sebagai pemimpin. Orang Islam yang mempersendakan agama misalnya dengan mengatakan hukum Islam tidak sesuai diguna pada zaman ini juga tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Mereka yang condong kepada cara hidup kafir juga tidak boleh dilantik sebagai pemimpin kerana pemimpin hendaklah menjaga agama Islam, umat Islam dan negeri/negara. Begitu juga mereka yang mengutamakan kehidupan dunia berbanding akhirat.

Al-Maidah [57] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejekejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Setiap Pemimpin Akan Ditanya Tentang Kesan Amanahnya

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. …… “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »