Kaya Mudah Masuk Syurga Tetapi Ramai Di Neraka

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. …..

Syurga dipenuhi dengan orang miskin walaupun orang kaya lebih mudah untuk memasukinya kerana mereka mempunyai harta yang lebih untuk bersedekah. Pernah sahabat yang miskin bertanya bagaimana mereka yang miskin boleh mengatasi golongan yang kaya dalam beramal kerana mereka boleh bersedekah. Jawab Rasulullah s.a.w. “berzikirlah”. Tanya sahabat lagi “Bagaimana jika mereka (golongan kaya) juga turut berzikir disamping bersedekah. Baginda  juga menerangkan pelbagai cara untuk bersedekah.

Dari Abu Dzar r.a. katanya: “Beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. pernah berkata kepada beliau,: “Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.” Mereka bertanya:”Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.” (H.R. Bukhari)

Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah and Mujahid dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Datang seorang fakir kepada Rasulallah (s.a.w), maka berkata dia kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya orang yang kaya bersolat mereka sebagaimana kami bersolat, and berpuasa mereka sebagaimana kami berpuasa, dan bagi mereka harta kekayaan bersedekah and menginfaq mereka.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketika bersolat kamu, maka katalah (bacalah): ’Subhanallah’ tiga puluh tiga (33) kali, ‘alhamdulillah’ tiga puluh tiga kali (33), and ‘Allahu akbar’ tiga puluh tiga (33) kali, and ‘lailaha illallah’ sepuluh (10) kali. Maka sesungguhnya kamu dapat menemui mereka (yakni, menyamai pahala) dengan demikian sesiapa yang mendahului kamu Yakni, orang yg mendapat kelebihan pahala), dan mendahului sesiapa sesudah kamu (yakni, melebihi pahala orang yg membacanya kurang dari apa yg dibacanya).’ [Hadith an-Nasa’i]

Nabi telah menyatakan bahawa Allah telah mengurniakan sesuatu yang membolehkan seseorang untuk bersedekah seperti yang terdapat dalam hadis berikut: Segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: “Ya Rasulullah, orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?” Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: