Setiap Pemimpin Akan Ditanya Tentang Kesan Amanahnya

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. …… “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Janganlah merebut jawatan atau menawarkan diri untuk sesuatu jawatan. 

Janganlah berebut untuk menjadi pemimpin samada di peringkat kampung, negeri atau negara melainkan sudah tiada calon yang layak atau calon yang menunggu adalah lebih teruk daripada kita.

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya“. (Riwayat Bukhari Muslim)

Allah tidak akan memberi pertolongan kepada orang yang meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya sesiapa yang diberi jawatan tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Allah.

Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu (Riwayat Bukhari Muslim)

Tugas pemimpin ialah menyediakan keperluan rakyat iaitu tempat tinggal dan makanan yang mencukupi.

Kesan Amanah Pemimpin Terhadap Rakyatnya

Sebagai pemimpin pula, hendaklah amanah kepada rakyat. Sayyidina Umar yang berada dekat dengan penjual minyak attar menutup hidungnya kerana takut terhidu bauan itu. Diceritakan juga semasa zaman pemerintahannya, serigala dan kambing boleh menjadi kawan dan minum di satu tempat. Satu hari dilihat serigala telah memakan kambing, dan hari itu ialah hari kematian beliau. Demikian kesan amanahnya seorang pemimpin.

Malik bin Dinar berkata: Ketika Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah, para penggembala kambing di puncak gunung berkata: ‘Siapakah khalifah yang soleh yang sedang memerintah manusia sekarang ini ?’ Lalu orang-orang yang berasal dari kota bertanya kepada mereka: ‘Mengapa kalian mengetahui semua itu?’ Para penggembala menjawab: ‘Sesungguhnya pemerintahan apabila dipegang oleh seorang khalifah yang soleh, serigala dan singa tidak akan mengganggu kambing-kambing kami !’
  
Hasan al-Qashar berkata:  Aku bekerja sebagai pemerah susu kambing pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Pada suatu ketika, aku melewati seorang penggembala, sedangkan di tengah-tengah gerombolan kambingnya ada tiga puluh serigala. Padahal sebelumnya aku mengira gerombolan anjing kerana aku belum pernah melihat serigala.

Aku bertanya: ‘Wahai penggembala, untuk apa anjing sebanyak ini ?’
Dia menjawab: ‘Wahai anak muda, ini bukan kawanan anjing, melainkan serigala’.
Aku berkata: ‘Subhanallah, apakah serigala tidak membahayakan kambing-kambingmu ?’
Dia menjawab: ‘Wahai anak muda, apabila kepala sudah sihat maka badan tidak akan sakit’.
Pada masa itu adalah masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz “.


Dan pada saat wafatnya beliau pada  110 Hijrah pada usia 39 tahun , terjadi petanda yang mana, Musa bin Aorun berkata..
“Pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz kambing kami digembala bersama-sama dengan serigala. Namun pada satu malam seekor serigala telah menerkam kambing kami. Tidak lain pasti lelaki soleh ini (Umar bin Abdul Aziz) telah wafat. Dan memang mereka mendapatkan beliau wafat pada malam tersebut.

Imam Fakruddin razi dalam kitab tafsirnya “Kabir” juga menceritakan tentang kesan amanah seorang raja kepada rakyatnya. Diceritakan raja telah pergi berburu di hutan dan akhirnya tersesat dalam hutan itu. Kemudian raja itu telah berjaya keluar ke sebuah kebun delima yang dimiliki seorang budak muda. Lalu raja ituberkata “Aku dahaga, mintasegelas air”. “Baiklah”, jawab pemuda itu. Pemuda itu memerah sebiji delima dari kebunnya dan diberi minum kepada raja. Sungguhmanis air delimaini, kata raja itu. Dalam hatinya beliau bercadang untuk memiliki kebun itu. Kemudian raja itu meminta segelas lagi air delimaitu. Pemuda itu pun memberi segelas lagi air delima. Setelah diminumnya, terasa pahit pula air delima itu. Raja itu bertanya “kenapa dua buah dari tangkai yang sama rasanya berlainan, satu manis dan satu pahit”. Jawab pemuda itu ” Raja yang memerintah negeri ini telah berniat buruk kepada rakyatnya” (ingin memiliki kebun delima rakyatnya).

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Setiap Pemimpin Akan Ditanya Tentang Kesan Amanahnya”

  1. JIWA HAMBA Says:

    Reblogged this on jiwa hamba.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: