Bertungkus Lumus Mencari Keredaan Allah

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya. (Baqarah:207) 

Reda Bermaksud Allah Suka dan Akhirnya Diberikan Syurga.

Para sahabat Nabi, keluarga baginda dan para tabiin yang telah meninggalkan kita.radhiya lahu anhum wa radhu anhu“…Allah telah reda dengan mereka:

At-Taubah [100] Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Al-Mujadila [22] ….Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Bayyinah [8]…..Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya

Buatlah Sesuatu Yang Allah Suka Walaupun Sedikit

Lakukanlah sesuatu yang diredhai Allah walaupun sedikit kerana jika Allah menyukai sesuatu tindak-tanduk kita yang sedikit itu, ianya sudah mencukupi untuk mendapat keredaan Allah yang sangat besar.

At-Taubah [72] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Allah juga tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman.

….dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Ali-Imran:171)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: