Kukuhkan Perpaduan dan Persaudaraan Islam

Aali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai … Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)…

Tingginya Darjat Mendamaikan Hubungan

Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (Riwayat Abu Daud).

Malah kita juga diharuskan berbohong untuk mendamaikan antara manusia yang bersengketa. Tiada istilah bohong sunat, cuma ia diharuskan bagi tujuan perdamaian. Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah termasuk pendusta (pembohong) orang yang mendamaikan manusia.

Bersatu Hati Dalam Syurga

Orang mukmin adalah seperti adik-beradik dan mereka adalah bersaudara disebabkan agama mereka, dan mereka juga adalah ahli syurga. Antara golongan yang masuk syurga tanpa hisab ialah orang Islam yang bersatu hati.

Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a: ”Rasulullah s.a.w. bersabda ”Golongan yang pertama sekali masuk syurga, wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Orang Islam harus saling kuat-menguat antara satu sama ,dan tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lemah. Pada hari ini umat Islam lemah adalah kerana mereka tidak bersatu. Pepatah Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh” hendaklah dijadikan pegangan dan amalan, begitu juga dengan firman Allah:

Anfal [46] : Dan taatlah kamu kepada Allah s.w.t. dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan. dan janganlah kamu mengintip dan janganlah kamu saling dengki mendengki, dan janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling jerumus menjerumuskan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kembali Kepada Allah dan Rasul Jika Berselisihan

An-Nisaa [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya

Rapatkan Saf Sembahyang Agar Dieratkan Perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan).

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana ia akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah).

Tebarkan Salam dan Doakan Perpaduan

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”Selain itu kita diajar supaya berdoa “Ya Allah, damaikanlah persengketaan yang ada di antara kami, satukanlah hati-hati kami.”

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: