Mukmin Yang Bertakwa Lebih Baik Dari Kafir Yang Kaya

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (212)

Kehinaan Mukmin Ketika Dunia

Mereka yang tidak patuh dan percaya kepada perintah Allah akan mendapat kehinaan di dunia. Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada kambing ternakannya”  (Riwayat Ibnu Asakir).

Pada akhir zaman, apa yang dimiliki oleh seorang mukmin adalah lebih berharga dari diri mukmin itu sendiri. Misalnya kambing yang diternak adalah lebih berharga dari tuannya. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah mematuhi dan mentaati segala perintah Allah Subhanahuwata’ala.

Kedudukan Orang Yang Bertaqwa

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang takut kepada Allah Ta’ala, nescaya tiap sesuatu akan takut kepadanya. Dan sesiapa yang takut kepada selain Allah, maka ia akan takut kepada segala sesuatu”. Dalam sebuah hadith yang lain pula disebut “Taatlah kepada Allah, nescaya manusia akan takut kepada kamu. Jika kamu derhaka, maka kafir akan menguasai kamu“.

Zumar [20] Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.

Muhammad [15]Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapasungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka….

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: