Jaga Telinga Dari 5 Perkara

Telinga dijadikan bagimu supaya mendengar kalam Allah iaitu Al-Quran, hadith Nabi dan mendengar akan hikmah Auliya’ Allah (kisah wali). Maka hendaklah pelihara telingamu daripada lima perkara iaitu mendengar segala yang bid’ah yang dicela, mengumpat, perkataan yang keji, perkara yang bathil, dan pelihara mendengar daripada orang yang mengata akan kejahatan manusia (Kitab Hidayatus Salikin).

Peliharalah telinga daripada mendengar cerama-ceramah yang tidak berguna, nyanyian atau muzik dan apa jua yang bertentangan dengan agama.

Peliharalah telinga daripada mendengar umpatan. Mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang dibelakangnya. Dosa mengumpat bukan hanya ditanggung oleh orang yang mengumpat tetapi juga oleh orang yang mendengarnya. Orang yang mengumpat tidak akan meneruskan umpatannya jika tiada yang mendengar. Oleh itu larilah daripada orang yang sedang mengumpat.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Perang Dalam Bulan Haram dan Perbuatan Yang Lebih Besar Dosanya

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati) dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya). (Baqarah: 217) Baca baki entri ini »

Peperangan Yang Mendatangkan Kebaikan

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Baqarah:216) Baca baki entri ini »

Pengisytiharan Kebenaran dan Menafikan Syirik

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah. Katakanlah lagi: Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Al-Anaam:56)  Baca baki entri ini »

Walimatul Urus Kenduri Perkahwinan

“Seburuk-buruk makanan adalah hidangan walimah, yang mana orang-orang kaya diundang menghadirinya tetapi orang-orang miskin tidak diundang. Sesiapa yang tidak memenuhi undangan walimah, bererti dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no. 5177] Baca baki entri ini »

Belanja dan Bantu Siapa?

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan”. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Baqarah: 215)

Dahulukan ahli kaum keluarga yang miskin dalam memberi bantuan kewangan seperti memberi zakat atau sedekah kerana merekalah yang paling hampir dengan kita. Merekalah yang lebih berhak dalam menerima bantuan. Kaum kerabat ini termasuklah adik beradik kita, juga adik beradik sebelah bapa atau ibu kita. Disamping zakat yang dibayar kepada pusat zakat, berikanlah sebahagian zakat itu kepada ahli keluarga atau kerabat terdekat.

An-Nahli [90] Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta penderhakaan. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; (Balad:11)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (Balad:12) (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; (Balad:13) Atau memberi makan pada hari kelaparan. (Balad:14) Kepada anak yatim dari kaum kerabat, (Balad:15) Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. (Balad:16)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim, lelaki atau perempuan adalah aku dan dia di syurga seperti dua jari ini” (telunjuk dan tengah) (Riwayat Hakim dari Anas).

Keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah Subhanahuwata’ala, kerana Allah Subhanahuwata’ala yang menjadikan mereka miskin. Hidup ini bagaikan putaran roda, Allah Subhanahuwata’ala berkuasa menukarkan orang yang miskin menjadi kaya dan orang yang kaya bertukar menjadi miskin. Berhati-hatilah dengan keluhan orang miskin kerana ianya sangat mendapat tempat dan perhatian Allah Subhanahuwata’ala.

Al-Maun [1] : Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Al-Maun [3] : Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3)

Perihatin Yang Mendatangkan Pahala

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di jalanan dan beliau amat kehausan, tiba-tiba beliau terjumpa sebuah telaga. Beliau segera turun ke dalam telaga tersebut untuk meminum airnya. Kemudian apabila beliau keluar dari telaga tersebut, beliau melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya menjilat-jilat debu kerana kehausan. Lelaki tersebut berkata di dalam hatinya: Anjing ini mesti kehausan seperti aku. Oleh itu, beliau turun semula ke dalam telaga dan memasukkan air ke dalam kasutnya yang diperbuat dari kulit iaitu khuf dan menggunakan mulutnya untuk menggigit kasut tersebut supaya dapat membawa naik kasut yang berisikan air itu untuk diberikan kepada anjing tersebut. Lalu dia bersyukur dan Allah mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perbuatan kita terhadap binatang seperti anjing tersebut boleh mendapatkan pahala? Rasulullah s.a.w menjawab: Setiap yang mempunyai roh (bernyawa) ada pahalanya. Baca baki entri ini »