Peperangan Yang Mendatangkan Kebaikan

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Baqarah:216)

Pada permulaan Islam, tiada perintah untuk memerangi golongan kafir sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kafirun “Lakum Dii nukum wali yadeen”. Akhirnya setelah umat Islam mempunyai kekuatan dan bilangan mereka mulai ramai. Allah s.w.t mengizinkan mereka memerangi golongan kafir yang memusuhi Islam. Allah s.w.t. telah berfirman:

….dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (At-Taubah: 36)….

Berjihad adalah bertujuan untuk meninggikan agama Islam, mendaulatkan atau menegakkan undang-undang, perintah, hukum Islam dan mempertahankan negara Islam daripada serangan musuh. Jihad hanyalah untuk Allah semata-mata, tidak ada jihad untuk mempertahankan bangsa. 

Hanya dikira jihad sekiranya diistiharkan perang oleh ketua negara bagi mempertahankan Islam, negara dari serangan musuh. Tanpa perisytiharan oleh ketua negara tidak dikira jihad.

Jihad (khusus kepada perang) terbahagi kepada dua. Pertama, Fardhu kifayah – wajib bagi sekumpulan lelaki seperti tentera. Kedua Fardhu Ain – bagi lelaki dewasa bila ada kerahan dari pihak kerajaan.

Perang Badar Peperangan Pertama antara Muslim dan Musyrik.

Pada mulanya orang Islam tidak berhajat untuk berperang. Ketua musuh islam pada masa itu ialah Abu Sufian telah membawa balik barang dagangan dari Syam melalui satu tempat di luar Madinah bernama Badar dan di situ ada telaga untuk mengambil air buat bekalan. Berita Abu Sufian membawa balik barang dagangan yang banyak telah sampai kepada orang Islam di Madinah.

Dalam satu mesyuarat orang Islam di sebuah masjid, mereka memutuskan untuk menyekat rombongan Abu Sufian dan merampas barang dagangannya di tempat yang bernama Badar. (Harta musuh halal dan boleh dijadikan harta rampasan). Mesyuarat itu turut dihadiri oleh orang Islam Munafik (pura-pura). Orang Munafik itu telah memberitahu geng-gengnya di luar masjid iaitu orang Yahudi tentang sekatan di Badar itu. Orang Yahudi pula memberitahu Abu Sufian tentang sekatan itu. Abu Sufian membuat keputusan untuk melalui jalan lain iaitu jalan bukit, namun unta yang membawa barang dagangan tetap melalui jalan asal.

Abu Sufian kemudiannya menghantar utusannya ke Mekah, membakar semangat 1,000 Quraisy yang sememangnya bermusuh dengan nabi Muhammad SAW untuk berperang. Mereka mengumpulkan kekuatan seperti kuda, pedang, baju besi. Abu Jahal dan Abu Lahab juga turut serta dalam perang ini.

Sebelum tentera Islam sampai ke Badar, mereka bertembung dengan puak Quraisy dari Mekah seramai 1,000 orang sedangkan jumlah mereka cuma 313 orang. Dalam perang ini, Abu Jahal telah dibunuh oleh seorang pemuda sahaja setelah dikepung oleh beberapa sahabat Nabi. Tentera musuh seramai 70 orang telah ditawan dan 70 lagi dibunuh. Setelah itu tentera Islam bermesyuarat tentang apa yang hendak dilakukan dengan tawanan itu. Sayyidina Abu Bakar mencadangkan supaya mengambil harta tawanan, manakala Sayyidina Umar mencadangkan agar dibunuh sahaja tawanan perang Badar itu supaya mereka ‘serik’ (fasyarrid) :

Sayyidina Umar mencadangkan supaya setiap orang Islam membunuh keluarganya dari kalangan yang ditawan, sedangkan Rasulullah SAW mempunyai bapa saudaranya iatu Abbas yang turut ditawan. Rasulullah SAW tidak lena tidur memikirkan terpaksa membunuh bapa saudaranya itu.Rasulullah SAW memilih untuk mengambil harta rampasan dan membeli senjata bagi kelengkapan orang Islam. Lalu turunlah ayat menegur tindakan Baginda itu:

Al-Anfal[67] Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Menangis dan menyesallah Nabi dan para sahabat (kecuali Sayyidina Umar).Kata Nabi “kalau diturunkan azab, hanya Umar r.a. yang selamat kerana dia yang menentang keputusan ini”. Akhirnya mereka diampunkan kerana itu pertama kali kes seperti ini berlaku kepada orang Islam. Akhirnya mereka diampunkan kerana itu pertama kali kes seperti ini berlaku kepada orang Islam. Para ulama berpendapat mereka tidak dihukum kerana mereka telah bermesyuarat dan membuat keputusan mengikut mesyuarat yang dilakukan.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: