Perang Dalam Bulan Haram dan Perbuatan Yang Lebih Besar Dosanya

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati) dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya). (Baqarah: 217)

Orang Arab semenjak zaman Jahiliyyah lagi telah menjadi satu adab dan tradisi iaitu mereka akan berhenti berperang apabila masuknya 4 bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Lalu mereka bertanyakepada Rasulullah s.a.w. tentang hukum berperang pada bulan-bulan ini.

Selain itu dalam bulan-bulan lain juga umat Islam tidak dibenarkan berperang kecuali untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan. Ayat di atas juga menerangkan beberapa perkara yang lebih besar dosanya daripada berperang dalam bulan-bulan Haram:

  • menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah
  • menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah)
  • mengusirpenduduknyadari situ, (semuanya itu)
  • fitnah 

Islam tidak tersebar melalui peperangan atau mata pedang. Islam juga tidak memaksa bukan Islam untuk masuk (menganuti) agama Islam kerana apabila mereka sudah masuk Islam, mereka tidak boleh keluar lagi dari agama Islam. Oleh itu mereka yang memeluk Islam hendaklah masuk Islam dengan rela hati dan menerima dengan sesungguh hati Allah sebagai tuhan, Nabi Muhammad sebagai penghulu dan menerima segala ajaran yang dibawanya itu

Baqarah [256] Tidak ada paksaan dalam agama (Islam). 

Sekiranya benar Islam tersebar dengan mata pedang, sudah pasti cucu-cicit mereka yang dipaksa memeluk Islam akan keluar dari Islam.

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: