5 Waktu Sembahyang Tanda Syukur 5 Nikmat dan Ingat 5 Kesusahan

5 waktu sembahyang bertepatan dengan 5 keadaan yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada manusiaKehidupan manusia secara biasanya akan melalui 5 keadaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. iaitu:- 

(1)   Baring

(2)   Duduk

(3)   Berdiri

(4)   Tidur

(5)   Berjaga

Di dalam keadaan yang 5 tersebut, Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmatnya yang tiak terhingga kepada manusia.

Nikmat Allah swt tidak dapat dihitung oleh sesiapapun:

Ibrahim [34] : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Al-Kahfi [109] Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

Luqman [27] Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Nikmat Allah s.w.t. yang tidak terhitung itu yang dikurniakan kepada manusia di dalam salah satu dari 5 keadaan yang tersebut itu tidak dapat disyukurinya secara satu persatu, bagi memudahkannya kesyukuran bagi semuanya itu, diletakkan pada sembahyang 5 waktu. Sesiapa yang dapat melakukannya, adalah dianggap ia telah mensyukuri segala nikmat Allah s.w.t. yang diterimanya ini adalah salah satu dari kemudahan dari Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.

5 waktu sembahyang juga bertepatan dengan 5 jenis kesusahan yang akan di hadapi manusia satu hari nantiTiap manusia akan berdepan dengan 5 kesusahan, ketika di dalam perjalanan mereka ke akhirat nanti, iaitu:

(1)   Mati.

(2)   Ketakutan ketika keseorangan di dalam kubur.

(3)   Penerimaan buku amalan ditangan kiri, atau dari arah belakang.

(4)   Ketika meniti di atas titian sirat, dan

(5)   Pintu syurga tertutup (tidak dapat memasukinya).

Bagi menghindarkan segala 5 perkara musibah tersebut, Allah s.w.t. telah menfardhukan 5 waktu sembahyang tersebut. Lima kesusahan dalam alam akhirat, akan terangkat dengan sembahyang lima fardhu. Dalam sebuah hadith disebut: “Sesiapa yang menjaga sembahyangnya (dengan mengerjakan 5 waktu sembahyang fardhu) ia dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan 5 kelebihan, iaitu:

(1) mengangkat kesusahan darinya ketika hendak mati.

(2) mengangkat darinya azab kubur.

(3) mengurniakan buku amalannya dengan tangan kanannya.

(4) berjaya dengan pantas melalui titian sirat seperti kilat, dan

(5) berjaya memasuki syurga.

Advertisements

Sunnah-Sunnah Di Bulan Ramadhan

1) Menghidupkan atau mendirikan malam dengan melakukan solat terawih,witir dan tahajjud,

2) Iktikaf pada 10 akhir Ramadhan (lelaki di masjid, perempuan di rumah)

3) Memperbanyakkan bersedekah

4) Memberi makan atau menjamu orang berbuka puasa

5) Bertadarrus dan membaca Quran

6) Mengerjakan umrah Baca baki entri ini »

Sembahyang 5 Waktu Tanda Mensyukuri Nikmat

5 waktu sembahyang bertepatan dengan 5 pancaindera kerana untuk mengetahui sesuatu secara fizikal, Allah s.w.t. telah mengurniakan 5 pancaindera kepada insan (manusia) iaitu:

(1)   kekuatan deria ciuman (melalui hidung)

(2)   kekuatan deria penglihatan (melalui mata)

(3)   kekuatan deria rasa (melalui lidah)

(4)   kekuatan deria pendengaran (melalui telinga)

(5)   kekuatan deria sentuhan (melalui tangan)

5 pancaindera ini dapat memandu manusia mengenali sesuatu yang baik dan sebaliknya. Semua ini adalah nikmat yang wajib disyukuri oleh manusia, dengan melakukan sembahyang 5 waktu  ialah Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh, ia dianggap dapat mengimbangi dan mensyukuri nikmat yang 5 tersebut itu.(Kitab Miri Namaz)

5 waktu sembahyang juga bertepatan dengan 5 kemudahan yang telah dikurniakan Allah s.w.t. Selain daripada nikmat pancaindera yang disebutkan di atas, Allah s.w.t telah mengurniakan hidup kepada manusia dan 5 kemudahan kepada mereka iaitu:

(1)   Makanan dan minuman

(2)   Tempat tinggal (bumi)

(3)   Kenderaan atau tunggangan (binatang)

(4)   Perkhidmatan (suami, isteri, buruh pekerja)

(5)   Pakaian (bagi mengelak panas, sejuk)

(Bagi mengimbangi nyawa atau hidup manusia, kalimah tauhid dikurniakan, dan bagi mengimbangi atau mensyukuri 5 kemudahan itu, kita dikurniakan sembahyang 5 waktu. Maka sesiapa yang tidak bersembahyang dianggap mengkufuri nikmat Allah s.w.t itu.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Disiplin Berpakaian Dalam Solah

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Al-Araf 7:31) Baca baki entri ini »

Between Us and Allah

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya. Baca baki entri ini »

Nabi Ibrahim Tetap Teguh Di atas Dasar Tauhid

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata. (Al-Anaam:74) Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (Al-Anaam:75) Baca baki entri ini »

Waktu Duha

Demi waktu Duha. (Duha:1) Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Duha:2) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (Duha:3) 

Baca baki entri ini »