Ramadan Bulan Membakar Nafsu Yang Buruk dan Jahat

Ramadhan adalah bulan yang panas, yang didatangkan untuk membakar nafsu dan nilai-nilai buruk yang ada pada manusia, setelah diterapkan oleh syaitan selama 11 bulan sebelumnya. Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengawal diri daripada melakukan perkara yang keji semasa berpuasa. Perangi nafsu dan berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin di bulan Ramadahan, selain dari makan, minum, seks, jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia. 

Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith daripada Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”. 

Nabi Yusuf juga mengatakan bahawa Baginda tidak dapat menjamin dirinya dengan ujian nafsu. Seorang bakal Nabi pada masa itu pun tidak menjamin dirinya boleh mengawal nafsunya melainkan Allah telah kasihan belas terhadapnya dan membantunya mengawal nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nafsu terhasil dari darah, dan darah terhasil dari makanan yang dimakan. Nafsu subur apabila makanan masuk kedalam badan.Puasa pula dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka. 

Al-Baqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

3 Respons to “Ramadan Bulan Membakar Nafsu Yang Buruk dan Jahat”

  1. @Kiyai Jr Says:

    Reblogged this on Keriau.

  2. Hanzlah Ibnu Othman Says:

    salam, kuliah bagi sabtu dan ahad di Masjid Al-Hidayah lama macam mana?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: