Waktu Duha

Demi waktu Duha. (Duha:1) Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Duha:2) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (Duha:3) 

Setelah 3 tahun tidak mendapat wahyu, kaum Musyrik menuduh Rasulullah s.a.w. telah ditinggalkan oleh Allah s.w.t. Maka turunlah Surah Duha. 

Waktu Dhuha ialah waktu bumi mulai panas, diberi contoh apabila anak unta mulai merasa panas semasa duduk di atas permukaan tanah, lebih kurang pukul 10 pagi. Akhir waktu Dhuha ialah masuknya waktu Zohor. Kepanasan ini memberikan manafaat kepada tumbuhan bagi tujuan tumbesarannya.

Rasulullah s.a.w. keluar menemui penduduk Quba ketika mereka melaksanakan solat Duha, lalu . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Solat Duha dilakukan apabila anak-anak unta telah berasa kepanasan (kerana sinaran matahari):” (Riwayat Muslim dari Ahmad).

“Rasulullah s.a.w. bersabda,”Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, ‘Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilahpintukamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.” (Riwayat At-Tabrani) 

Sembahyang Dhuha berbeza dengan sembahyang sunat Isyra’ (Syuruk). Waktu Sembahyang Sunat Isyra’ ialah pula ialah sekitar 15-20 minit selepas masuk waktu Syuruk. Pahalanya dikatakan menyamai pahala haji dan umrah, 3 kali diulangi oleh Baginda.

Sesiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolah 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah.” Dia berkata : Rasulullah s.a.w berkata : “sempurna, sempurna, sempurna“. (Sempurna bermaksud pahala penuh)

Jabir bin Samurah (RA) berkata, “Setelah solah subuh, biasanya Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solahnya sehingga setelah matahari naik.” ( Sunan an-Nasai)

Ada juga diriwayatkan bahawa pahala duduk di tempat solah sehingga naik matahari adalah menyamai pahala jihad. Duduk di tempat solah sehingga naik matahari juga adalah satu jihad iaitu jihad melawan nafsu.

2 Respons to “Waktu Duha”

  1. Tanpa Nama Says:

    Salam tuan. Untuk waktu duha, adakah waktu akhirnya bila masuk waktu zohor atau sehingga satu tempoh (contoh 15 minit) sebelum zohor? Kemusykilan saya adalah sama waktu sebelum zohor itu hukumnya makruh atau haram untuk bersolat sunnat. Harap beri panduan. Jazakallah.


Tinggalkan Jawapan kepada sulaiman Batal balasan