Between Us and Allah

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya.

Satu Ibadah Tersembunyi

Puasa adalah merupakan satu ibadah yang tersembunyi dan tiada pengecaman, sehinggakan seseorang itu boleh berpura-pura berpuasa ketika berada di hadapan orang, atau boleh juga tidak  berpuasa ketika bersendirian, tiada siapa yang boleh mengecamnya.

Bagi ibadat lain ada pengecamannya, seseorang yang sedang rukuk atau sujud boleh dicam, sehinggakan dikatakan bersembahyanglah dia. Seseorang yang memakai ihram pula, maka dikatakan dia sedang melakukan ibadat haji atau umrah. Sebaliknya seseorang yang berpuasa, tidak dapat dicam samada dia berpuasa atau tidak, kerana seseorang itu boleh makan di rumahnya kemudian membersihkan mulutnya, selepas itu apabila berada diluar rumah maka berpura-puralah letih dan kelihatan moyok di hadapan orang lain.  Maka didalam keadaan puasa yang boleh berpura-pura seperti itu pun, orang beriman tetap melakukan ibadat puasanya, maka itulah dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

Pahala Puasa Dinilai Sendiri Oleh Allah

Puasa bulan Ramadhan adalah satu-satunya ibadat yang dinilai sendiri pahalanya oleh Allah,  tidak diserahkan kepada malaikat. Malaikat hanya mencatit orang  yang  melakukan puasa sahaja, tetapi tidak menilai pahala puasa  seseorang itu. Allah swt lah sahaja yang mengetahui akan nilai dan mutu pahala puasa dan nilai ketakwaan puasa seseorang itu. Bagi ibadat-ibadat yang lain, malaikat mengetahui dan seterusnya mencatitkan nilai pahalanya.  Semua pahala atau ganjaran amalan ibadat selain puasa diberi oleh Allah melalui sesuatu, tetapi pahala puasa diberi secara “direct” oleh Allah swt.

Status Pemberi Balasan Ibadah Puasa

Apabila Allah sendiri yang membalasnya, maka tentulah tersangat-sangat besar nilai pahala puasa yang berkualiti itu. Ini menunjukkan status Allah sebagai pemberi ganjaran. Seorang yang tinggi statusnya sudah pasti akan mampu memberi lebih banyak berbanding pemberian oleh orang yang dibawahnya. Misalnya seorang wakil rakyat mampu memberi lebih berbanding seorang imam. Apatalah lagi, bila Allah yang memberi, sudah pasti banyak pemberiannya.

Perisai Neraka

Puasa yang baik juga dapat menghalang manusia daripada memasuki neraka. Apabila berada di Padang mahsyar, setiap amalan akan ditimbang dan ada yang akan muflis di sana kerana amalannya dituntut disebabkan hutang yang belum dibayar. Ada yang muflis kerana pahalanya tidak mencukupi untuk membayarnya lalu terpaksa menanggung dosa orang yang menuntutnya. Maka di sinilah pahala puasa menjadi perisai kerana Allah s.w.t. sendiri yang membalas pahala puasa yang berkualiti dan timbangan pahala puasa yang berkualiti akan diberatkan. Pahala puasa yang bermutu itu amat besar nilainya dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahunilainya. Malaikat hanya merekodkan samada puasa dilakukan atau tidak dan mereka tidak mengetahui nilai pahala puasa yang dilakukan itu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: