Disiplin Berpakaian Dalam Solah

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Al-Araf 7:31)

Gunakanlah kecantikan dan berhiaslah ketika menghadap Allah, raja segala raja. Allah suka lihat manusia menzahirkan nikmat kurniaannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah s.w.t. suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Janganlah selekeh dan makruh tidak menutup kepala ketika solat dalam 4 mazhab. Rasulullah sentiasa menutup kepala dalam solah seperti memakai kopiah dan berserban.

Juga makruh memakai baju lengan pendek kerana Rasulullah tidak pernah berbuat demikian. Baginda juga memakai baju yang labuhnya melebihi paras punggung.

Disiplin Makan

Jangan membazir ketika makan. Rasulullah kutip dan makan benda jatuh. Baginda menjilat makanan yang terlekat pada jari dan makan sehingga licin bekas makanannya. Jangan membazir kerana makanan seperti beras itu memerlukan masa berbulan-bulan untuk menjadi hasil. Orang yang membazir itu saudara syaitan.

Dari Jabir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain, dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila ada sesuap makanan dari salah seorang di antara kalian terjatuh, maka hendaklah dia membersihkan bahagiannya yang kotor, kemudian memakannya dan jangan membiarkannya untuk syaitan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: