Sunnah-Sunnah Di Bulan Ramadhan

1) Menghidupkan atau mendirikan malam dengan melakukan solat terawih,witir dan tahajjud,

2) Iktikaf pada 10 akhir Ramadhan (lelaki di masjid, perempuan di rumah)

3) Memperbanyakkan bersedekah

4) Memberi makan atau menjamu orang berbuka puasa

5) Bertadarrus dan membaca Quran

6) Mengerjakan umrah

1) Qiyamullail

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

2) Iktikaf 10 akhir Ramadhan

Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata : Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Sedekah dan 4) Tadarrus

Daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah. Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Qur`an dengan Rasulullah s.a.w. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan . (al-Bukhari, no: 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308)

5) Memberi makan atau menjamu orang Berbuka

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun 

6) Mengerjakan Umrah 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji

2 Respons to “Sunnah-Sunnah Di Bulan Ramadhan”

  1. mohd.rani bin abdullah Says:

    1.Adakah batal puasa jika menelan hingus yang mengalir dari bahagian dalam hidung terus ke tekak ?

    2. Adakah batal puasa jika kita menelan kahak nipis ditekak kita(yangmana selalu berlaku selepas kita berdehem) untuk tidak menganggu percakapan atau keluar nya suara ketika bercakap?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: