5 Waktu Sembahyang Tanda Syukur 5 Nikmat dan Ingat 5 Kesusahan

5 waktu sembahyang bertepatan dengan 5 keadaan yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada manusiaKehidupan manusia secara biasanya akan melalui 5 keadaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. iaitu:- 

(1)   Baring

(2)   Duduk

(3)   Berdiri

(4)   Tidur

(5)   Berjaga

Di dalam keadaan yang 5 tersebut, Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmatnya yang tiak terhingga kepada manusia.

Nikmat Allah swt tidak dapat dihitung oleh sesiapapun:

Ibrahim [34] : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Al-Kahfi [109] Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

Luqman [27] Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Nikmat Allah s.w.t. yang tidak terhitung itu yang dikurniakan kepada manusia di dalam salah satu dari 5 keadaan yang tersebut itu tidak dapat disyukurinya secara satu persatu, bagi memudahkannya kesyukuran bagi semuanya itu, diletakkan pada sembahyang 5 waktu. Sesiapa yang dapat melakukannya, adalah dianggap ia telah mensyukuri segala nikmat Allah s.w.t. yang diterimanya ini adalah salah satu dari kemudahan dari Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.

5 waktu sembahyang juga bertepatan dengan 5 jenis kesusahan yang akan di hadapi manusia satu hari nantiTiap manusia akan berdepan dengan 5 kesusahan, ketika di dalam perjalanan mereka ke akhirat nanti, iaitu:

(1)   Mati.

(2)   Ketakutan ketika keseorangan di dalam kubur.

(3)   Penerimaan buku amalan ditangan kiri, atau dari arah belakang.

(4)   Ketika meniti di atas titian sirat, dan

(5)   Pintu syurga tertutup (tidak dapat memasukinya).

Bagi menghindarkan segala 5 perkara musibah tersebut, Allah s.w.t. telah menfardhukan 5 waktu sembahyang tersebut. Lima kesusahan dalam alam akhirat, akan terangkat dengan sembahyang lima fardhu. Dalam sebuah hadith disebut: “Sesiapa yang menjaga sembahyangnya (dengan mengerjakan 5 waktu sembahyang fardhu) ia dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan 5 kelebihan, iaitu:

(1) mengangkat kesusahan darinya ketika hendak mati.

(2) mengangkat darinya azab kubur.

(3) mengurniakan buku amalannya dengan tangan kanannya.

(4) berjaya dengan pantas melalui titian sirat seperti kilat, dan

(5) berjaya memasuki syurga.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: