2 Dosa Besar

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya….(Baqarah:219)

Setelah diturunkan ayat ini, masih ada sebilangan daripada kalangan sahabat yang masih meminum arak dan sebilangan daripada kalangan mereka telah berhenti daripada meminum arak. Pada suatu hari, seorang sahabat  telah menjemput sebilangan sahabat untuk hadir dalam satu majlis selepas solat Asar. Dalam majlis tersebut, ada arak, lalu mereka minum arak dan mabuk.

Kemudian, dalam keadaan mabuk, ada daripada kalangan mereka menunaikan solat Maghrib. Sedang menunaikan solat, Imam mereka membaca surah Al-Kafirun dalam bentuk yang salah sehingga bertukar maksud (tertinggal perkataan La), menyebabkan turunnya ayat:

An-Nisaa [43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan…

Akhirnya arak diharamkan secara keseluruhannya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya…(Maidah:90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Maidah:91)

Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: