Hijrah Kerana Mengharap Belas Kasihan Allah

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:218).

Terdapat dua jenis hijrah iaitu hijrah fardhu ain dan hijrah mustahab. Hijrah fardhu ain berlaku semasa peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Hijrah mustahab pula adalah bertujuan melarikan diri daripada budaya dan masyarakat yang buruk akhlaknya demi untuk menyelamatkan agama anak, isteri dan keluarga. 

Kita boleh berhijrah dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menyelamatkan agama kita dan agama anak isteri kita.

Muhajir (Orang yang berhijrah) ialah orang yang berpindah dari apa yang dilarang oleh Allah. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah).

Kita tidak boleh memberi alasan melakukan maksiat kerana disuruh oleh ketua atau orang atasan. Ini kerana Allah telah mengatakan “bumi ini luas”..berhijrahlah ke tempat lain sekiranya dipaksa melakukan maksiat. 

Az-Zumar [10]….dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

Abdullah bin Maslamah telah meriwayatkan kepada kami dari Malik dari `Abdir Rahman bin `Abdillah bin `Abdir Rahman bin Abi Sha`sha`ah dari ayahnya dari Abi Sa`id al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak lama lagi akan tibalah masanya di mana sebaik-baik harta seorang Muslim ialah kambing yang dibawanya ke puncak gunung dan ke kawasan-kawasan tadahan hujan, dia lari demi agamanya daripada pelbagai fitnah

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: