Buat Baik dan Memperbaiki Keadaan Anak Yatim

..Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Baqarah:220)

Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka.

Berbuat baik kepada anak yatim ialah dengan membela mereka samada mengajar mereka, memberi makan-minum, pakaian dan sebagainya. Anak yatim yang dibela tidak sepatutnya dijadikan kuli atau bibik. Janganlah dibebankan anak yatim dengan kerja-kerja rumah. Janganlah diungkit apa yang telah diberikan kepada mereka kerana ia boleh menghilangkan pahala kebajikan yang telah dilakukan. Anak yatim sensitif dan mereka tiada tempat untuk mengadu.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” Dalam hadith yang lain disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.

Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah Subhanahuwata’ala:

Al-Balad [11] : Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; [12] : Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] : (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; [14] : Atau memberi makan pada hari kelaparan. [15] : Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Manakala orang yang mendustakan agama ialah mereka yang menzalimi anak yatim:

Al-Maun [1] : Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Al-Maun [2] : Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim..

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: