Kebaikan dan Kejahatan Pasti Dibalas

Kebajikan tidak terputus (pahalanya). Dan dosa tidak dilupakan (selagi tidak diminta keampunan atau bertaubat). Dan balasannya tidak mati (terhapus). Beramallah semahumu kerana kamu akan mendapat balasan seperti yang kamu lakukan (Riwayat Baihaki).

Semua kebaikan dibawa naik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan ia tidak akan mati atau tua dan sentiasa segar. Balasan akan diberikan oleh Allah SWT mengikut amalan yang telah dilakukan. Perbuatan baik dibalas dengan kebaikan iaitu pahala dan syurga dan sebaliknya perbuatan buruk akan dibalas dengan dosa dan seterusnya neraka jika ia melebihi kebaikan.

Kalau telah melakukan dosa, beristigfarlah kerana ia boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin. Malaikat akan dilupakan tentang kejahatan yang telah dilakukan dan diganti dengan catatan pahala.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: “Tunggu dahulu;” lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat)” (Riwayat Abu Abbas al-Hamadani)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin buku amalannya itu mengembirakannya, hendaklah ia membanyakkan istigfar” (Riwayat Baihaqi dari Zubir).

Bertaubat dan beristigfar itu mengugurkan dosa dan dosa itu dipadamkan dari buku amalan. Sebaliknya diganti dosa kejahatan itu dengan pahala istigfar. Malaikat yang menulis amal kejahatan juga dilupakan tentang kejahatan yang dilakukan. Bagi setiap istigfar, dosa kejahatan dihapus dan diganti dengan pahala kebaikan. Begitu juga taubat:-

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: