Ngerinya Alam Kubur

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. : Rasulullah Saw pernah bersabda, “Apabila jenazah telah siap dan para lelaki mengusungnya di atas bahunya, jenazah orang soleh akan berkata, ‘cepatlah’. Tetapi jenazah orang yang tidak soleh akan berkata, ‘celakah ! ke mana kamu akan membawaku?’. Suaranya terdengar oleh semua alam, kecuali manusia. Dan sekiranya manusia (dapat mendengarnya) ia akan jatuh pengsan”.

Kubur itu sangat gelap suasananya.. Cubalah duduk dalam bilik air yang tertutup dan bergelap tanpa menghidupkan lampu. Betapa susahnya untuk bernafas dalam situasi itu. Setiap orang yang meninggal dunia akan dihimpit oleh bumi. Namun himpitan bumi terhadap orang-orang yang soleh adalah umpama pelukan seorang ibu yang geram kepada anaknya, akhirnya dilepaskan pelukan itu. Himpitan ini berbeza dengan himpitan bumi terhadap orang kafir, mereka tidak dilepaskan, sebaliknya terus dihimpit.

….Kemudian diperintahkan bumi supaya menghimpitnya. Lalu bumi menghimpitnya sehinga berselisih tulang-tulang rusuknya. Maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus hingga Allah bangkitkan dia dari kuburnya itu. (Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Daud)

Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus. Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka.

Aisyah r. a. berkata “Aku dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yahudi meminta-minta, dan sesudah aku memberi (sebiji kurma) dia berkata: Semoga Allah melindungi kamu dari seksa kubur. Maka aku kira keterangannya itu termasuk penipuan kaum Yahudi, lalu aku ceritakan kepada Nabi s. a. w. Kemudian Nabi s. a. w. memberitahu kepadaku bahawa seksa kubur itu adalah benar, kehidupan atau kebangkitan selepas kematian itu adalah benar dan keramat wali itu adalah benar.

Maka seharusnyalah seseorang Islam itu, berlindung dengan Allah dari seksaan kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amalan yang soleh seperti sembahyang, puasa, sedekah dan berbakti kepada ibubapa. 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: