Tentang Haid

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Baqarah:222)

Cerita dari ‘Aisyah, katanya: Kami berangkat,tiada lain sengaja kami selain dari mengerjakan haji. Setelah kami sampai di Syarif, saya haid. Rasulullah saw. datang kepada ku padahal aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: “Kenapa engkau menangis. Haidkah engkau?” Jawab ku, “Betul!” Sabdanya, “Sesungguhnya haid itu, adalah suatu perkara yang telah ditetapkan Allah swt. atas kaum wanita anak cucu Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang haji selain tawaf keliling Kaabah.” ‘Aisyah menambahkan, “Setelah itu Rasulullah berkorban untuk para isteri beliau dengan menyembelih lembu. (Bukhari)

Dari Aisyah r.anha, katanya: Rasul s.a.w menerangkan (kepada seorang perempuan), sabdanya :”…..apabila kedatangan haid hendaklah engkau tinggalkan sembahyang dan apabila haid itu habis tempohnya, hendaklah engkau mandi wajib dan sembahyanglah (seperti sediakala)”. [Riwayat Bukhari]

Ulama berpendapat perempuan haid boleh membaca ayat quran misalnya jika dia adalah seorang guru quran, maka bacalah secara sepatah-sepatah…misalnya allahu.. la ilaha illa …. huwal ..hayyul qayyum. Jika perempuan haid itu seorang yang menghafaz quran dan bimbang terlupa hafazannya, maka bacalah dalam hati.

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat pada umur yang kebiasaannya boleh melahirkan anak. Apabila seseorang perempuan itu mengandung, dia tidak lagi mengeluarkan darah haid kerana rahimnya telah tertutup. Tempoh haid yang biasa ialah 6 atau 7 hari. Tempoh maksima haid dalam Mazhab Syafie ialah 15 hari 15 malam. Manakala Mazhab Hanafi pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari.

Jika darah haid telah berhenti dan bersih di tengah-tengah tempoh masa haid itu, maka ia masih dianggap sebagai tempoh haid pada mazhab Syafie dan Hanafi. Perempuan itu masih tidak wajib solat pada 2 mazhab ini selagi belum cukup tempoh kebiasaan haid. Manakala hukum suci apabila darah telah berhenti di tengah-tengah masa haid adalah pendapat mazhab Maliki dan Hanbali.  Mereka berpendapat, jika haid  berhenti (selama) sehari atau semalam di tengah masa haidnya, maka hendaklah dia mandi dan menunaikan solat selama waktu yang dia bersih itu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: