Ladang Zuriat Untuk Bekalan Akhirat

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu… [Baqarah:223].

Para isteri disebut sebagai kebun atau ladang kerana hasil daripada pertemuan suami-isteri adalah zuriat iaitu anak. Suami memberi benih yang akhirnya di proses oleh isterinya.

Dalam ayat ini juga disebut datangilah isteri “dengan cara yang disukai” bermaksud apa jua cara yang boleh menghasilkan zuriat keturunan, samada secara duduk, berdiri dan berbaring. Keempat-empat mazhab sepakat haram hukumnya suami meliwat isteri. Hanya golongan Syiah yang mengizinkan suami meliwat isterinya.

“Sediakanlah amalan untuk diri kamu” bermaksud sediakanlah bekalan untuk menuju ke negeri akhirat. Anak-anak juga adalah bekalan kerana anak yang soleh akan mendoakan ibubapanya. 

Rasulullah SAW bersabda :“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya

Rasulullah Saw bersabda: Catatan amal perbuatan dilaporkankan kepada Allah Subhanahuwata’ala setiap hari Isnin dan Khamis, dan diperlihatkan kepada para Nabi, para Ayah dan para Ibu pada hari Jumaat, lalu mereka bergembira dengan kebaikan amal perbuatan mereka dan wajah mereka makin bertambah putih dan cemerlang, kerana itu bertakwalah kamu semua kepada Allah Subhanahuwata’ala, dan janganlah kamu menyakiti orang-orang yang telah mati dikalangan kamu dengan amalan perbuatan buruk kamu [Riwayat Abu Qasim]

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: