Cara Memijak Nafsu Buruk Untuk Mendampingi Allah

Terdapat hadith Rasulullah sa.aw. berkenaan cara membersihkan hati dan cara mendekatkan diri kepada Allah dan menundukkan nafsu melalui ibadat seperti sembahyang, zikir, puasa dan juga memikirkan kebesaran Allah. 

Sabda Rasulullah s.a.w, “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang sunat nawafil (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu) 

Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah.

Hidupkan hati agar mencintai Allah. Katakan “Aku menyayangimu Ya Allah” setiap hari semasa bersendirian. 

Salah satu cara untuk membersihkan hati ialah melalui zikir  Amalan zikrullah adalah jalan untuk cepat sampai kepada Allah swt.

Apabila Saidina ‘Ali bin Abi Talib memohon kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda mengajarkan amalan khusus yang cepat sampai kepada Allah swt, maka Nabi Muhammad saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud “ Wajiblah ke atas kamu sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi”. 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

Selain itu fikirkanlah tentang kebesaran Allah dalam penciptaan sesuatu kejadian untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Fikirkan kebesaran Allah yang menurunkan hujan daripada air laut yang masin dan Allah menyulingnya sehingga ia menjadi tawar.

Al-Waqiah [69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?Al-Waqiah [70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur

Fikirkan kebesaran Allah yang memisahkan hampas makanan dan susu yang berada dalam kilang perut dan menghasilkan susu yang lazat diminum yang berasal daripada darah. Susu lembu atau kambing dan juga susu ibu itu sedap diminum tanpa berbau darah.

An-Nahl [66] Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta tulang yang keras daripada air mani,  mencipta yang lembut seperti mata dan otak dan daripada air ini juga. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang boleh mencipta benda keras dari benda yang lembut.

Mukminun [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta manusia dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim dan kegelapan tembuni bayi:

Az-Zumar [6] Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta pusar jari yang berbeza-beza bagi setiap manusia, dan pusar jari pula berada di dalam satu kawasan ibu jari/jari lain yang kecil (biometrik) luasnya.

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (Qiyamah:3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Qiyamah:4)

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta kejadian buah-buahan pelbagai rasa, (ada yang masam dan ada yang manis) sedangkan ia disiram dengan air yang sama :-

Ar’-Rad [4] Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta jalan-jalan di langit yang boleh digunakan oleh kapal terbang.

Az-Zariyat [7] Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

Terlalu banyak kebesaran Allah yang tidak mampu kita senaraikan kesemuanya. Orang yang berakal akan memikirkan kebesaran Allah melalui ciptaannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: