Takuti dan Sayangi Allah Sebelum Kembali Bertemu DenganNya

…dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak)…(Baqarah:223).

…berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Baqarah:148).
Takutlah kepada Allah dengan mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya. Kita akan selamat jika patuh kepada Allah dan Allah akan menolong kita walau dimana saja kita berada. Sayangilah Allah kerana bila Allah menyayangi seseorang, maka diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurganya.

Di mana sahaja kita berada, Allah berjanji akan tetap akan membawa kita kembali kepadanya. 

Yaasin [52]…..Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul

Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan. Malaikat akan menyeru mereka ke Padang Mahsyar.

Ta-Ha [108] Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Allah menghantar malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan. Setiap Manusia di sertai 2 malaikat:

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi

Allah SWT berjanji akan membangkitkan semula manusia selepas kematian untuk diberi balasan yang sewajarnya. 

Dari Ibn Abbas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. telah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu dihimpunkan di padang) Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup”, (kemudian Baginda s.a.w. membaca firman Allah Taala, ertinya: Sebagaimana kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan). “Ketahuilah, sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada – hari qiamat ialah Ibrahim al-Khalil a.s.

Al-Mutaffifien[6] Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam.

Pada hari itu matahari berada sebatu di atas kepala. Semua berlutut di atas dua kaki.

Jathiya [28] Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan);….

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: