Jangan Guna Nama Allah Untuk Tipu Orang.

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. (Al-Baqara 2:224)

Allah melarang kita menggunakan namanya untuk perkara yang tidak baik. Perkara yang lebih baik daripada bersumpah ialah melakukan kebaikan dan bertakwa. Perkara yang lebih baik dari bersumpah ialah menolong manusia yg dlm kesusahan.Selain itu takwa juga adalah salah satu daripada kunci syurga.

Buat Baik, Bertakwa dan Mendamaikan Perbalahan Itu Lebih Baik Daripada Bersumpah

Melakukan kebaikan dan bertakwa boleh meraih kepercayaan manusia tanpa perlu bersumpah dengan menggunakan nama Allah SWT.

Tidak dianggap baik orang yang bersumpah dengan menggunakan nama Allah untuk melepaskan dirinya daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun benar, seboleh-bolehnya janganlah bersumpah.

Selain itu ibadat yg terbesar (afdhal) ialah membetulkan dan mendamaikan manusia. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda:mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (Riwayat Abu Daud).

Bahkan diharus berbohong untuk mendamaikan manusia yang bergaduh. Tiada istilah bohong sunat, cuma ia diharuskan bagi tujuan perdamaian. Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah termasuk pendusta (pembohong) orang yang mendamaikan manusia.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: