Jauhi Pertengkaran

Daripada Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim).Rasulullah bersabda,“Sesiapa yang meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah mahligai di tengah-tengah syurga.” (Riwayat Anas Bin Malik)

Bersabarlah dengan apa yang dikatakan orang terhadap kita. Nasihatilah dia secara berhikmah dan ketika bersendirian. Tetapi jika mereka enggan menerima nasihat itu, biarkanlah mereka kerana tugas kita hanya menyampaikan.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang sedang mencaci maki Abu Bakar r.a dan Nabi Muhammad S.A.W, yang sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencaci makinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi SAW terus bersabar mendengarkannya. Malah Nabi Muhammad SA.W. tetap tersenyum. Kerana dirasakan orang itu mencaci maki dengan keterlaluan dan tak henti-hentinya, Abu Bakar r.a pun menjawab caci makian tersebut. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi SAW begitu bangun, lalu meninggalkannya.Abu Bakar r.a menyusul Nabi S.A.W dibelakangnya dan bertanya: “Ya Rasulullah, orang itu telah mencaci maki engkau dengan keterlaluan, maka saya membalasnya. Tetapi kenapa engkau malah marah dan meninggalkan aku?” 

 

Nabi Muhammad S.A.W menjawab: “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat akan selalu bersama denganmu dan dia berada dipihakmu sampai hari akhir. Tetapi apabila kamu membalas caci makian itu, malaikat pun akan meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.(Hadits Riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: