Sedekah Tanpa Guna Duit

Rasulullah saw. bersabda, “Senyummu di muka saudaramu adalah sedekah, mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah; dan engkau menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah bagimu (Riwayat Bukhari)

Senyuman mampu mengeratkan hubungan sesama manusia. Namun senyuman yang dimaksudkan di sini adalah sesama jantina. Begitu juga amalan memberi salam. Berilah salam terutamanya kepada sesama Islam dan sesama jantina kerana salam menimbulkan kasih sayang. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”

Menunjukkan jalan atau membuat sign board juga adalah satu sedekah.

Begitu juga membuang duri atau halangan di tengah jalan.

Rasulullah SAW bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak menggangu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)

Membuang duri dari jalan juga diampuni dosa. Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah RA. “Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

 

Kemusykilan atau pertanyaan