Bersabar Menunaikan Sembahyang

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (Hud: 115) Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya…..  (TaHa:132) Al-Baqarah [45]….sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.. Baca baki entri ini »

Dirikanlah Solah

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Hud:114).  Baca baki entri ini »

Semuanya Milik Allah Pemberi Rahmat

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat…(Al-Anaam:6) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

7 Sunnah Hebat

Akibat Berterusan Melakukan Dosa

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Talak 3

Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Baqarah: 230) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Pelihara Lidah Daripada Memuji Diri

…. maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu. Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. (An-Najm:32).

Janganlah memuji diri sendiri atau bersikap sombong apabila memiliki sesuatu kelebihan atau ilmu. Hanya Allah SWT sahaja yang sama dengan pujian yang dilafazkan. Allah SWT layak dipuji kerana semua makhluk adalah ciptaannya.

Al-Anaam [1] Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka. 

Al-Fatir [1] Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Al-Kahfi [51] Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu. 

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Kesakitan Mati

Daripada Aisyah, r.a. katanya: “Aku melihat Nabi s.a.w. semasa Baginda hampir wafat dan di sisinya sebuah bejana berisi air dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bejana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: “Ya Tuhanku!  Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi ini)”.

Daripada Aisyah juga katanya: “Aku tidak memandang elok atau merasa iri hati kepada sesiapa pun dengan sebab mudah dan ringannya Sakratul maut yang dialaminya sesudah aku melihat kesukaran Rasulullah s.a.w. menghadapi Sakratul maut.”

Diampunkan Dosa Kerana Prihatin

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “”Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.”Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala”.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Membuang duri dari jalan juga diampuni dosa. Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah RA. “Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bersumpah Tidak Mencampuri Isteri (Ilat)

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah: 226) Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Baqarah: 227)

Perkara ini biasa berlaku dikalangan bangsa Arab yang mempunyai lebih daripada 1 isteri. Apabila mereka sudah tidak menginginkan salah satu dari isteri itu maka mereka akan bersumpah tidak melakukan hubungan dengan isterinya.

Sekiranya dilakukan sumpah seperti ini, mereka yang melanggarnya (melakukan hubungan sebelum tempoh) dikenakan denda atau kifarah iaitu berpuasa selama 3 hari.

Sekiranya mereka mematuhi sumpah itu maka terjatuhlan “Talak Bain” iaitu talak yang tidak boleh dirujuk kembali.

Allah SWT maha mengetahui mereka yang sengaja melakukan sumpah seperti ini dengan niat dan tujuan untuk menceraikan isterinya.

Syurga Vs Neraka

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Syurga dan neraka berbantah-bantahan. Neraka berkata: “Di tempatku ada orang-orang yang gagah-gagah -suka menekankan kemahuannya pada orang banyak- lagi orang-orang yang sombong.” Syurga berkata: “Di tempatku adalah orang-orang yang lemah dan kaum miskin.” Allah kemudian memberikan keputusan antara kedua makhluk ini, firmanNya: “Sesungguhnya engkau syurga adalah kerahmatanKu dan denganmulah Aku merahmati siapa saja yang Kukehendaki, sedang sesungguhnya engkau neraka adalah seksaKu yang denganmulah Aku menyeksa siapa saja yang Kukehendaki. Masing-masing dari keduamu itu atas tanggunganKulah perkara isinya.” (Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »