Syurga Vs Neraka

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Syurga dan neraka berbantah-bantahan. Neraka berkata: “Di tempatku ada orang-orang yang gagah-gagah -suka menekankan kemahuannya pada orang banyak- lagi orang-orang yang sombong.” Syurga berkata: “Di tempatku adalah orang-orang yang lemah dan kaum miskin.” Allah kemudian memberikan keputusan antara kedua makhluk ini, firmanNya: “Sesungguhnya engkau syurga adalah kerahmatanKu dan denganmulah Aku merahmati siapa saja yang Kukehendaki, sedang sesungguhnya engkau neraka adalah seksaKu yang denganmulah Aku menyeksa siapa saja yang Kukehendaki. Masing-masing dari keduamu itu atas tanggunganKulah perkara isinya.” (Riwayat Muslim)

Syurga dan neraka kedua-duanya adalah makhluk Allah SWT.

Neraka adalah tempat Allah melahirkan kemurkaanya melalui pelbagai azab dan seksaan yang dikenakan.

Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar). (Ghasiyah:4) Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. (Ghasiyah:5) Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. (Ghasiyah:6) Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. (Ghasiyah:7)

Syurga adalah tempat kerahmatan iatu tempat Allah menunjukkan perasaan kasih sayangnya melalui pelbagai nikmat yang dikurniakan.

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. (Ghasiyah:8) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (Ghasiyah:9) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). (Ghasiyah:10) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. (Ghasiyah:11) Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir. (Ghasiyah:12) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). (Ghasiyah:13) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). (Ghasiyah:14) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). (Ghasiyah:15) Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (Ghasiyah:16)

3 Respons to “Syurga Vs Neraka”

  1. Tanpa Nama Says:

    :)

  2. Kisah Hamba Allah Yang Beribadah 500 Tahun | Fuh.My Says:

    […] dalam neraka”. Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu.” Lalu Allah SWT berfirman kepada malaikat: “Bawakan ia ke […]

  3. Kisah Manusia Yang Paling Rendah Kedudukannya Di Syurga | GilerKentang Says:

    […] masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: