Talak 3

Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Baqarah: 230)

Talak bermaksud melepaskan iaitu menceraikan isteri. Lafaz talak tidak boleh dipermain-mainkan walaupun untuk niat bergurau senda. contohnya:”aku ceraikan kau dengan talak seribu” atau “sebanyak bintang di langit” kerana secara automatiknya isteri tersebut akan diceraikan dengan talak 3 sekaligus.,Dalam islam cuma ada maksimum 3 talak, tetapi seribu talak itu telah melebihi 3 talak maka akan tercerai talak 3 sekaligus walaupun ia adalah kali pertama dilafazkan dan hatinya cuma ingin menceraikan talak satu.abi SAW bersabda, 

Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.(Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dalam ayat di atas disebut bahawa suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali, melainkan setelah perempuan itu berkahwin semula dengan lelaki lain. Ini adalah bagi mendidik golongan Arab pada masa itu yang sangat mudah menceraikan isteri mereka. Dengan adanya hukuman ini, maka para suami akan lebih berhati-hati. Talak samada dalam keadaan marah atau mabuk juga tetap jatuh. Oleh itu berhati-hatilah sebelum melafazkan talak.

Dalam hadith di bawah pula diceritakan tentang seorang sahabat (perempuan) yang ingin kembali kepada suaminya yang asal, namun dilarang oleh Rasulullah selagi mereka tidak melakukan hubungan suami-isteri.

Dari ‘Aaisyah r.a., beliau berkata : Suatu ketika isteri Rifaa’ah menemui Rasulullah s.a.w. Dia berkata : “Aku adalah isteri Rifaa’ah, kemudian ia dmenceraikanku dengan talak tiga. Setelah itu aku menikah dengan ‘Abdurrahman bin Az-Zubair, akan tetapi sesuatu yang ada padanya seperti hudbatuts-tsaub (hujung kain)”. Rasulullah s.a.w. tersenyum mendengarnya, lantas beliau bersabda : “Apakah kamu ingin kembali kepada Rifaa’ah ? Tidak boleh, sebelum kamu merasakan madunya dan dia pun merasakan madumu….” (Riwayat Muslim).

Seperti “hujung kain” dalam hadith di atas bermaksud suami keduanya itu tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan hubungan suami-isteri. Madu pula bermaksud kepuasan daripada hubungan suami-isteri.

Cina Buta

Dalam masyarakat Melayu, lelaki yang mengambil upah atau membuat perjanjian untuk berkahwin dan menceraikan isterinya setelah berkahwin dipanggil cina buta. Hakikatnya perbuatan ini adalah dilaknat. Allah s.w.t. melaknat al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suami, selepas dia menceraikannya) dan al-Muhallal (suami yang menjatuhkan talak tiga dan kemudian ingin merujuk semula kepada bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil.

Dalam mazhab Syafie nikah secara cina buta ini dilaknat dan tidak halal bagi isteri itu kembali kepada suami asalnya. Manakala dalam mazhab Hanafi pula perkahwinan secara cina buta itu dilaknat tetapi isteri itu dibenarkan kembali kepada suami asalnya.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Talak 3”

  1. Istighfaar Hamba Says:

    Reblogged this on Istighfaar.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: