Akibat Berterusan Melakukan Dosa

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Setiap dosa atau maksiat menumbuhkan satu titik hitam dalam hati, sekiranya tidak dibersihkan dengan taubat atau istigfar, maka ia akan menutup cahaya iman dalam hati kita. Cahaya iman dalam hati adalah cahaya yang lahir daripada dua kalimah syahadah. Cahaya iman inilah yang menunjukkan kita jalan yang perlu diikuti. Apabila dosa dilakukan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman.

Apabila dosa dilakukan secara berterusan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman. Setelah cahaya iman itu malap, maka dosa yang besarpun dianggap kecil, sehingga ada yang berkata “aku cuma minum arak sekali seminggu je” atau “aku cuma tinggal sembahyang je”.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Elakkan diri daripada dosa-dosa yang remeh (kecil) sesungguhnya ia berkumpul di atas seseorang sehingga ia membinasakannya (Haqaiqus Sunan 1/156).

Dosa-dosa kecil yang sedikit lama-lama akan menjadi bukit (dosa besar) sekiranya kita tidak memohon keampunan atau beristigfar memohon keampunan daripada Allah s.w.t

Telah diriwayatkan oleh Al Dailami daripada Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda, dosa besar tidak berkekalan jika diistighfarkan (mohon keampunan) dan dosa kecil akan kekal jika ia dilakukan secara beterusan (Khazinatul Asrar 1/83)

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.” (HR. Ahmad) 

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Akibat Berterusan Melakukan Dosa”

  1. Istighfaar Hamba Says:

    Reblogged this on Istighfaar.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: