7 Sunnah Hebat

7 Sunnah Hebat

1.. Solat Tahajjud walau sekejap. 

Iyas bin Mu’awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Boleh dikerjakan sembahyang malam meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu) selepas sembahyang Isya’ itu dikira sebagai (waktu) malam” (Riwayat Tabrani)

2. Membaca Al-Quran walau sedikit.

Jadikan amalan membaca quran sebagai satu rutin harian samada 1 helai, 1 muka atau sekurang-kurangnya 3 ayat sehari. Membacanya dengan mulut dan memandang al-Quran dengan mata lebih banyak markahnya dari orang yang sekadar mendengarnya sahaja. Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

3. Solat Berjemaah.

Lelaki afdhal solat berjemaah di masjid. Bagi perempuan pula lebih afdhal sembahyang di rumah, tetapi dibolehkan berjemaah di masjid untuk keperluan menuntut ilmu.

“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)

4. Solat Dhuha

Rasulullah s.a.w. keluar menemui penduduk Quba ketika mereka melaksanakan solat Duha, lalu . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Solat Duha dilakukan apabila anak-anak unta telah berasa kepanasan (kerana sinaran matahari):” (Riwayat Muslim dari Ahmad). Rasulullah s.a.w. bersabda,”Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, ‘Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintukamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah.” (Riwayat At-Tabrani)  .

5.Bersedekah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang bersedekah, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran (bala) kepada orang yang tidak mau bersedekah’.

…dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam sedekahnya (Riwayat Thabrani melalui Uqbah Ibnu Amir r.a.).

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (HR.Thabrani ). Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda,  “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, yang paling ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta dan sopak“  (HR.Thabrani ).

6. Sentiasa Berwuduk 

Orang yang sentiasa berwuduk bererti beliau berada di dalam keadaan bersih dan suci. Tanpa wuduk sesorang itu dianggap berhadas kecil (secara rohani) atau “hadas hukmi”, iaitu tidak suci dari pandangan hukum, walaupun tiada najis pada badannya tetapi dia tidak dapat melakukan ibadah tertentu selagi tidak berwuduk.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

7. Istigfar

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang ketika merebahkan dirinya ke tempat tidur mengucapkan istighfar 3 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama buih lautan, sebanyak bilangan daun pokok, sebanyak bilangan pasir halus dan sebanyak bilangan hari-hari dunia.” (Riwayat Tirmidzi). 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar (kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: