Dirikanlah Solah

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Hud:114). 

Dirikanlah Sembahyang

Dirikanlah sembahyang atau tegakkanlah sembahyang bermaksud bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat solah terutamanya mengingati Allah dalam sembahyang. Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepatlah kembalikan ingatan kepada Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Tanpa ingatan kepada Allah swt semasa melakukan ibadah sembahyang, sembahyang itu kosong isinya. Pahala yang diberikan bergantung kepada selama mana dan sebanyak mana ingatan kita kepada Allah dalam melakukan sembahyang. 

Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sesuatu yang diperolehi oleh seseorang hamba dari sembahyangnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesedaran (hati). Sesungguhnya seseorang yang menunaikan sembahyang itu, adakalanya sembahyang, tetapi tidak dicatat baginya satu perenam atau satu persepuluh darinya dari sembahyang itu.”

Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain)

5 Waktu Sembahyang Pahala 50 Waktu

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari )

Solah Menghapuskan Dosa Kecil (Dosa dengan Allah)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar. (Riwayat Muslim) 

Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu orang datang menemui Nabi saw. untuk menceritakan hal itu kepada beliau. Maka turunlah ayat: Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapus dosa perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mau ingat. Lelaki itu bertanya: Apakah ayat ini untukku, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. bersabda: Untuk siapa saja di antara umatku yang melakukan hal itu. (Shahih Muslim No.4963)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: