Hanya Iblis dan Syaitan Layak Dilaknat

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. (Hijr:35) Baca baki entri ini »

Basahkan Lidah Dengan Zikir Yang Terbaik

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah Subhanahuwata’ala.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Baca baki entri ini »

Jangan Mencela Makhluk Allah dan Makanan

Janganlah menghukum mereka yang melakukan amalan Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji secara zahirnya dengan mencaci atau mengatakan mereka itu kafir, munafik dan syirik. Hormatilah semua makhluk Allah samada manusia, binatang atau makanan yang direzekikan kepada kita. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Jangan Makan Harta Haram dan Bunuh Diri

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh diri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Nisaa:29) Baca baki entri ini »

Allah SWT Sebagai Pencipta, Pemberi dan Pelindung

Rezeki, perlindungan, ilmu, hidayah, nikmat, keselamatan, kemewahan semuanya diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai makhluknya. Tiada yang mampu menghalang Allah s.w.t daripada memberikan rahmat dan nikmatnya. Kata pepatah Melayu, ulat dalam batu pun boleh hidup. Bahkan di Alam Barzah sekalipun, Allah s.w.t. masih boleh memberikan nikmatnya kepada bakal penghuni syurga. Hanya Allah SWT juga yang boleh menyelamatkan dan melindungi kita. Baca baki entri ini »

Aurat Lelaki dan Perempuan Ketika Sembahyang

Dari Abi Sa’id Al-Qudri r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Aurat lelaki yang beriman; ialah di antara pusatnya hingga lututnya.”.

Mazhab Syafie mengambil jalan selamat dengan menetapkan batas aurat itu bermula daripada pusat dan berakhir di bawah lutut. Ini bermaksud pusat itu hendaklah ditutup ketika bersembahyang iaitu dengan memakai kain atau seluar yang menutupinya. Mazhab Hanafi pula tidak mensyaratkan pusat itu ditutup. Begitu juga dengan batas aurat pada paras lutut. Mazhab Syafie mensyaratkan seluruh kepala lutut itu ditutup. Namun mazhab Maliki masih membenarkan lutut itu dibuka kerana mereka menetapkan batas aurat itu bermula daripada paha.

Daripada A’isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. .

Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu – alaihi – wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar’u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar’u) dapat menutupi kedua telapak kakinya. 

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Cuma perbezaannya ialah kaki adalah aurat dalam mazhab Syafie tetapi bukan aurat dalam mazhab Hanafi.