Allah SWT Sebagai Pencipta, Pemberi dan Pelindung

Rezeki, perlindungan, ilmu, hidayah, nikmat, keselamatan, kemewahan semuanya diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai makhluknya. Tiada yang mampu menghalang Allah s.w.t daripada memberikan rahmat dan nikmatnya. Kata pepatah Melayu, ulat dalam batu pun boleh hidup. Bahkan di Alam Barzah sekalipun, Allah s.w.t. masih boleh memberikan nikmatnya kepada bakal penghuni syurga. Hanya Allah SWT juga yang boleh menyelamatkan dan melindungi kita.

Pencipta, Pemberi Rezeki, Kemewahan dan Ilmu

Ya-sin [81]…..Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

Al-Anaam [151] ..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu 

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Al-Ankabut:62)

Al-Israa [85]….dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja..

Penyelamat dan Pelindungi

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Fatir: 41)

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Ali-Imran:109)

Ra’d [16] Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah“. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya

Dalam satu peristiwa seorang kafir datang kepada Rasulullah SAW dengan tujuan untuk membunuh Baginda. Kafir itu meletakkan pedangnya di dada Rasulullah SAW dan berkata:”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?”. Lalu Rasulullah pun menjawab dalam nada yang yakin: “Allah”. Terdengar sahaja jawapan yang penuh keyakinan dari mulut Nabi Allah itu, terjatuhlah pedang kepunyaan kafir itu kerana terkejut. Dengan pantas Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya pula kepada kafir itu dengan soalan yang sama. ”Apa yang dapat menghalangku daripada membunuhmu?” Maka jawab kafir itu “kamu“. Lalu Rasulullah mengajaknya untuk memeluk Islam namun kafir itu menolak dan berjanji kepada Rasulullah:” Aku tidak akan memerangi kamu lagi dan aku juga tidak akan bersama dengan orang yang memerangi kamu”. Rasulullah dengan hati yang tenang melepaskan si kafir yang hendah membunuhnya tadi…

Muhammad [11]..sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: Tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

Israa [65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: