Aurat Lelaki dan Perempuan Ketika Sembahyang

Dari Abi Sa’id Al-Qudri r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Aurat lelaki yang beriman; ialah di antara pusatnya hingga lututnya.”.

Mazhab Syafie mengambil jalan selamat dengan menetapkan batas aurat itu bermula daripada pusat dan berakhir di bawah lutut. Ini bermaksud pusat itu hendaklah ditutup ketika bersembahyang iaitu dengan memakai kain atau seluar yang menutupinya. Mazhab Hanafi pula tidak mensyaratkan pusat itu ditutup. Begitu juga dengan batas aurat pada paras lutut. Mazhab Syafie mensyaratkan seluruh kepala lutut itu ditutup. Namun mazhab Maliki masih membenarkan lutut itu dibuka kerana mereka menetapkan batas aurat itu bermula daripada paha.

Daripada A’isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. .

Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu – alaihi – wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar’u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar’u) dapat menutupi kedua telapak kakinya. 

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Cuma perbezaannya ialah kaki adalah aurat dalam mazhab Syafie tetapi bukan aurat dalam mazhab Hanafi.

2 Respons to “Aurat Lelaki dan Perempuan Ketika Sembahyang”

  1. mohd rusli harun Says:

    kalau dgn memakai stokin untuk menutup telapak kaki adakah di bolehkan (wanita)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: