Jangan Makan Harta Haram dan Bunuh Diri

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh diri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Nisaa:29)

Janganlah makan atau mengambil harta haram seperti hasil daripada riba atau hasil daripada judi.

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

Bahkan disebut dalam hadith,

“Sesiapa yang dagingnya tumbuh daripada sesuatu yang haram maka nerakalah yang layak baginya” (Riwayat Hakim dan Ath-Thabrani)

Allah itu bersih dan suci, Allah tidak menerima sesuatu yang tidak bersih dan tidak boleh mendampingi Allah melalui harta yang haram.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …

Jagalah makan dan minum kerana ia adalah syarat Allah menerima sesuatu doa. Jauhi daripada memakan makanan bukan islam atau makanan yang ’syak’ atau diragui status halalnya.:

Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga halnya dengan harta yang dimiliki, Allah hanya ingin melihat daripada mana kita mendapatkan harta itu (samada daripada sumber yang halal atau haram) dan ke mana ia dibelanjakan. Ada orang yang mendapat rezeki yang daripada sumber yang haram dan mengatakan “nak buat macam mana dah memang rezeki saya”. Sememangnya Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat semua rezeki samada halal atau haram adalah daripada Allah, namun rezeki yang haram akan diambilkira dalam perhitungan Allah nanti.

Jangan Bunuh Diri

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., beliau berkata Rasulullah saw. bersabda: Sesiapa yang membunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Sesiapa yang meminum racun sampai mati, maka dia akan meminumnya perlahan-perlahan di neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk membunuh diri, maka dia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya…(Sahih Muslim)

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: