Cinta Allah Pasti Berbalas

Sayangilah Allah tuhan yang esa dan unik (tiada yang menyerupaiNYA) dan dialah yang menciptakan segalanya dan memberikan kita rezeki:

Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. (Al-Anaan:14) Baca baki entri ini »

Jadilah Pencetus Ummah Ke Arah Kebaikan

An-Nahl [125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik…. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka dia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas dia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka dia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas dia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »

Doa Selamat Bala, Ketidakadilan dan Penghinaan Musuh

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).(Riwayat Bukhari dan Muslim) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Amalan Dibentangkan Setiap Minggu dan Dibicarakan Pada Hari Kiamat

Rasulullah Saw bersabda: Catatan amal perbuatan dilaporkankan kepada Allah Subhanahuwata’ala setiap hari Isnin dan Khamis, dan diperlihatkan kepada para Nabi, para Ayah dan para Ibu pada hari Jumaat, lalu mereka bergembira dengan kebaikan amal perbuatan mereka dan wajah mereka makin bertambah putih dan cemerlang, kerana itu bertakwalah kamu semua kepada Allah Subhanahuwata’ala, dan janganlah kamu menyakiti orang-orang yang telah mati dikalangan kamu dengan amalan perbuatan buruk kamu [Riwayat Abu Qasim].  Baca baki entri ini »

Allah Maha Mendengar

…dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:244)

Allah sifatnya “sama’’” iaitu maha mendengar. Allah mendengar tanpa memerlukan cuping telinga atau gegendang telinga, tanpa memerlukan getaran atau angin untuk membawa bunyi. Allah mendengar setiap sesuatu walaupun ia tidak bersuara, Allah mendengar degupan jantung. Allah mendengarsetiap yang dekat ataupun jauh. Pendengaran Allah adalah pendengaran yang asli, lalu diberikan sedikit pendengaran kepada kita untuk kegunaan di dunia ini. Kita pula hanya boleh mendengar apa yang dekat atau cukup kuat dan apa yang mengeluarkan bunyi sahaja. Baca baki entri ini »

Perintah Tentang Jihad

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:244) Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Baqarah:245) 

Baca baki entri ini »

Muhasabah Diri 2013

Selalulah muhasabah diri dengan mengira amalan yang dilakukan setiap hari dan setiap tahun. Seperti orang bisnes, bila mereka menutup kedai atau menutup akaun (year end closing), mereka akan membuat perkiraan untung dan rugi dan melakukan “stock take” dengan mengira barang manakah yang sudah habis dijual. Amalan juga harus dikira, yang manakah yang banyak, yang boleh menghumban kita ke neraka atau melepaskan dari neraka dan menuju ke syurga. Dalam sebuah hadith disebut “Setiap manusia keluar pada waktu pagi menjual dirinya, dalam pasaran yang terbuka, samada dia berjaya memerdekakan dirinya pada hari itu dari neraka atau membinasakan dirinya untuk masuk neraka” (Riwayat Abu Malik Ashaari r.a.)
Baca baki entri ini »

Jalan Keluar Kenaikan Harga

Beberapa amalan dan tips murah rezeki bagi mencukupkan keperluan, menghilangkan kepapaan dan mengurangkan beban kenaikan harga barang: 1) Memberi salam setiap kali masuk ke dalam rumah 2) Menghubungkan persaudaraan dan silaturrahim 3) Banyakkan istigfar 4) Sentiasa mendoakan kedua ibubapa 5) Banyakkan bersedekah 6) Bekerja dengan amanah 7) Menjauhi hutang 8) Bertakwa kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan menjauhi larangan Baca baki entri ini »

Jauhi Perkara yang Sia-Sia

Tinggalkan majlis yang dipenuhi gelak ketawa, lawak jenaka, nyanyian dan gurauan kerana syarat untuk masuk ke syurga ialah menjauhkan dari perkara yang lagha (melalaikan).

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (Furqan:72)

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;(Mukminun:3)…Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (Mukminun:10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Mukminun:11)

Luqman [6] Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; ; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan…

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil“. (Qasas:55)

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. (An-Nisaa:140) 

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).  (Al-Anaam, 68)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Diet Makan dengan Rezeki yang Halal

Peliharalah perut dengan menjauhi makanan yang haram atau makanan yang ’syak’ atau diragui status halalnya. Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud “Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin”. Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Tinggalkan apa yang meragukan (syak) kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” (Riwayat Tirmizi). Jagalah makan dan minum kerana ia adalah syarat Allah menerima sesuatu doa. .:

Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)

Baca baki entri ini »

Tiada Notis Kematian, Bila atau Dimana

Al-Munafiqun [11] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. Luqman [34] ..dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Baca baki entri ini »

Menghormati Allah Dalam Sembahyang

….Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Nisaa: 142) Baca baki entri ini »

Balasan Terhadap Munafik

Nisaa [142] Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik)…. Baca baki entri ini »

Sembahyang Khauf dan Qasar

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Baqarah:239) Baca baki entri ini »

Cukupkan Bilangan Sembahyang Sebelum Disembahyangkan

Dalam Kitab Jauharul Mauhub diceritakan 3 jenis seksaan di dalam kubur bagi mereka yang meninggalkan sembahyang (1) Dipersempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya. (2) Api dari lubang neraka disalurkan melalui satu lubang yang halus ke dalam kubur. (3) Dihantar (Suja’ Al-Akra’) ular Akra’ yang menyeksa mereka yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha).  Oeh itu cukupkan bilangan sembahyang dan gantilah mana-mana sembahyang yang telah ditinggalkan kerana ia adalah amalan pertama diperiksa. Baca baki entri ini »