Bergurau Jangan Melampau

Bergurau senda adakalanya boleh menyebabkan orang sakit hati dan menjadi punca timbul perasaan benci antara antara satu sama lain. Benci-membenci mencetuskan api permusuhan. Apabila saling membenci, lama-kelamaan berlakulah perpecahan dan akibatnya musnahlah penyatuan Islam. Malulah untuk bergurau secara belebih-lebihan kerana malu dan iman itu beriringan. Iman itu pula adalah tiket untuk kita ke syurga…

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula. (Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.)

… dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk….(Al-Hujurat 11)

Rasulullah SAW pernah bergurau dan  berseloroh, namun semua ucapan yang keluar daripada mulut Baginda itu adalah perkara yang benar dan wahyu Allah. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW. “Wahai Rasulullah SAW, apakah engkau juga bergurau senda bersama kami? Maka Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya “Betul, cuma aku selalu berkata benar (Riwayat Imam Ahmad).

Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua di mana wanita itu berkata “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga. Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga”. Perempuan itu balik dan menangis. Rasulullah bersabda yang bermaksud”Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman”Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.(Hadis riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: