Cukupkan Bilangan Sembahyang Sebelum Disembahyangkan

Dalam Kitab Jauharul Mauhub diceritakan 3 jenis seksaan di dalam kubur bagi mereka yang meninggalkan sembahyang (1) Dipersempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya. (2) Api dari lubang neraka disalurkan melalui satu lubang yang halus ke dalam kubur. (3) Dihantar (Suja’ Al-Akra’) ular Akra’ yang menyeksa mereka yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha).  Oeh itu cukupkan bilangan sembahyang dan gantilah mana-mana sembahyang yang telah ditinggalkan kerana ia adalah amalan pertama diperiksa.

Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabran

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solah yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadith riwayat Muslim).

Nabi SAW dan para sahabat ketika dalam musafir pernah tertidur sehingga terlepas waktu Subuh. Apabila mereka terjaga, Nabi mengarahkan supaya berjalan keluar daripada lembah tempat mereka tidur, kemudian mereka qadha’ solah Subuh mereka. (Bukhari dan Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: