Menghormati Allah Dalam Sembahyang

….Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Nisaa: 142)

Besarkanlah dan hormatlah Allah SWT kerana tiada tuhan selainnya yang layak disembah. 

Baqarah [238] …..dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Berdirilah sebaik mungkin dalam sembahyang sebagai tanda menghormati Allah. Besarkan Allah sepertimana Allah patut dibesarkan. Janganlah jadi seperti mereka yang tidak menghormati Allah sebagaimana yang sepatutnya “wa ma qadaru ‘llaha haqqa qadrih”.

Al-Anam [91] Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya….

Berkata Siti Aisyah r.a, Baginda mulia Rasulullah saw bersabda sentiasa ada satu puak yang sentiasa melambat-lambat memenuhi saf pertama, sehingga ia dilambatkan diberi pertolongan oleh Allah swt sehingga mereka itu di masukkan ke dalam neraka. Mereka yang lambat memenuhkan saf tidak menghormati Allah, kerana itu Allah melambatkan pertolongannya di Hari Kiamat.

Selain itu berhiaslah sebelum menghadap Allah SWT, raja kepada segala raja. 

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Al-Araf 7:31)

Gunakanlah kecantikan dan berhiaslah ketika menghadap Allah, raja segala raja. Allah suka lihat manusia menzahirkan nikmat kurniaannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah s.w.t. suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Janganlah selekeh dan makruh tidak menutup kepala ketika solat dalam 4 mazhab. Rasulullah sentiasa menutup kepala dalam solah seperti memakai kopiah dan berserban.

Juga makruh memakai baju lengan pendek kerana Rasulullah tidak pernah berbuat demikian. Baginda juga memakai baju yang labuhnya melebihi paras punggung.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: